ekes.gif

SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN KES

 

dof.jpg

 

Reka bentuk Pangkalan Data

 

image14.gif

 

Antara hubungan di dalam pangkalan data kes:

 

i. Jadual mainkes mempunyai hubungan dengan jadual kes dimana hubungan satu kepada banyak.. Antara atribut bagi jadual main kes ialah ID yang telah menjadi Kunci Rujukan (FK) kerana mengambil no kunci daripada jadual kes. Selain itu terdapat atribut lain antaranya NO_TETAP, JENIS_PERKAKAS, J_PERKAKAS, PERKAKAS, LESEN_BOT, V_ID, TARIKH_LESEN_BOT dan LESEN_PERKAKAS.

 

ii. Jadual kes mempunyai beberapa atribut seperti ID yang mewakili Kunci Utama (PK) , NO_TETAP, kunci2, KUNCI, JenisKesID, BIL, PGKL_ID, STA_ID, dan DISTRICT_ID. Jadual kes mempunyai hubungan satu kepada banyak di antara jadual kes dengan jadual agensi. Jadual kes mewakili satu, dan agensi mewakili banyak. Hal ini kerana satu kes boleh dilakukan mengikut tuduhan melalui banyak agensi. Antara atribut yang terlibat dalam jadual agensi ialah AGENSI_ID, AGENSI dan NAMA_AGENSI.

 

iii. Jadual kes mempunyai hubungan dengan jadual zone yang mempunyai hubungan satu kepada satu. Ini bermakna satu kes mempunyai satu zon sahaja. Antara atribut yang terdapat dalam jadual zone ialah Zoneid dan Zone.

 

iv. Jadual kes mempunyai hubungan dengan jadual kes_nelayan iaitu satu kepada banyak. Hal ini kerana satu kes mempunyai ramai nelayan. Antara atribut yang terlibat dalam jadual ini ialah KES_ID, NELAYAN_ID, KUNCI, ID_NEL dan KUNCI1

 

v. Jadual kes mempunyai hubungan dengan jadual kes_sita iaitu satu kepada banyak. Jadual kes mewakili satu dan jadual kes_sita mewakili banyak kerana satu kes boleh melibatkan banyak kes sita. Jadual kes_sita mempunyai atribut seperti ID, NO_TETAP, BIL, SITA, KUNCI, JENIS_SITA, CATATAN dan AKHIR.

 

vi. Jadual kes mempunyai hubungan dengan jadual kes_catatan iaitu satu ke banyak. Jadual kes mewakili satu dan jadual kes_catatan mewakili banyak, hal ini kerana satu kes mempunyai banyak catatan. Di dalam kes_catatan mempunyai atribut seperti ID, KUNCI dan CATATAN.

 

vii. Jadual kes mempunyai hubungan dengan jadual tindakan iaitu satu kepada satu kerana satu kes hanya mempunyai satu tindakan sahaja. Di dalam jadual tindakan mempunyai atribut seperti TINDAKANID, TINDAKAN dan NAMA_TINDAKAN.

 

viii. Jadual kes mempunyai hubungan dengan jadual kes_tuduhan iaitu satu kepada banyak kerana satu kes boleh mempunyai banyak tuduhan yang terdiri daripada akta, kaedah dan peraturan. Jadual_kes mempunyai beberapa atribut antaranya TUDUHANID, KUNCI, TUDUHAN1, AKTAID, CATATAN, FASALID, KAEDAH_ID, PERATURANID dan BKK. Namun begitu, bagi jadual akta mempunyai hubungan satu kepada satu dengan jadual kes_tuduhan. Antara atribut yang terlibat dalam jadual akta ialah AKTAID, AKTA, AKTABM, AKTAENG dan FASALID.

 

Hak Cipta Terpelihara Jabatan Perikanan Malaysia 2016